Guru Besar SKSAB (1)
Puan Sumirah Hj. Kasbon
Guru Besar

PERUTUSAN PENTADBIR SEKOLAH

Era teknologi Maklumat mencetuskan pelbagai inovasi dan penyebaran maklumat yang bertujuan untuk memberikan sebanyak mungkin maklumat kepada pihak yang memerlukan. Sesungguhnya kehidupan hari ini memberikan banyak ruang dan peluang untuk kita berkomunikasi dan meningkatkan mutu pendidikan peringkat sekolah khasnya dan negara amnya.

Sekolah Sultan Abu Bakar merupakan sebuah sekolah yang ulung yang telah dibuka secara rasminya dalam bulan Januari 1961. Ramai anak-anak didik sekolah ini telah menunjukkan kejayaan yang cemerlang sehingga menjawat jawatan yang tinggi dan terpuji.

Sehingga kini sekolah ini masih dapat mengekalkan prestasi yang baik dalam pencapaian akademik dan juga kokurikulum.Semoga usaha yang padu dan jitu dapat dikekalkan demi memastikan anak-anak didik sekolah ini akan terus maju dan berjaya apabila dewasa kelak.

Yang benar,
Sumirah Hj. Kasbon