PIAGAM  PELANGGAN

1.   Setiap pelajar akan diberi pendidikan yang sempurna dalam bidang kurikulum  dan
      ko-kurikulum.

2.   Setiap pelajar akan diterapkan dengan nilai-nilai murni agar mereka berdisiplin dan
      berakhlak mulia.

3.   Memberi perhatian dan cuba menyelesaikan masalah pembelajaran dan peribadi
      yang dihadapi dengan sebaik mungkin.

4.   Sentiasa  memberi perhatian  dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan
      bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pelajar.

5.   Bekerjasama dan memaklumkan kepada ibu bapa tentang perkembangan prestasi
      pelajar dari semasa ke semasa dalam segala bidang.

6.   Bersedia menerima teguran yang membina  dalam  suasana  harmoni, bertujuan
      mempertingkatkan prestasi yang kami programkan untuk mencapai kecemrlangan.

7.   Membina staf yang dedikasi, kreatif dan inovatif.

8.   Mengurus dengan cekap, pantas dan bijaksana.