SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar, Jalan Junid, Muar pada awalnya adalah sebahagian daripada Sekolah Perempuan Sultan Abu Bakar, Muar sehinggalah pada 31 Ogos 1957. Pada 1 September 1957 sekolah tersebut telah dipisahkan dari sekolah ibunya dan dinamakan Sekolah Rendah Perempuan Sultan Abu Bakar , Muar.

Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1961 dan dinamakan Sekolah Rendah Perempuan Sultan Abu Bakar (1) Jenis Kebangsaan Inggeris. Sebelum ini murid-muridnya ditempatkan di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Jalan Abdul Rahman, Muar.

Mulai 1965, sekolah ini bertukar menjadi sekolah dua sesi iaitu Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar 1 dan 2. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor YAB. Datu’ Haji Hassan Bin Yunos pada 11 Mac 1964.

Sekolah ini telah dibina di atas tanah kerajaan Lot 534 yang luasnya 5 1/2 ekar. Pada asalnya sekolah ini mempunyai 5 blok iaitu Blok A, B, C, D, F, Pusat Sumber dan sebuah surau. Kini sekolah ini hanya mempunyai Blok A dan Blok F disamping sebuah surau. Blok B, C, D, dan Pusat Sumber telah diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar 2 pada tahun 1997.

3. FAKTOR KEJAYAAN.

3.1. Kepimpinan Guru Besar.

 

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara.
 

MOTO SEKOLAH HARAPAN NEGARA 2001
PERINGKAT DAERAH MUAR
GURU CEMERLANG, MURID TERBILANG, SEKOLAH MENJULANG.
GURU CEMERLANG

CEMERLANG DALAM PELBAGAI ASPEK:

MURID TERBILANG
MURID CEMERLANG DAN BERKEBOLEHAN DALAM PELBAGAI BIDANG

* Kurikulum

SEKOLAH MENJULANG

MENJADI CONTOH DAN IKUTAN DARI SEGI:


FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di sekolah adalah satu usaha bersama di kalangan guru-guru, pekerja dan pelajar bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara :

    1. Bahawa kami pelajar di sekolah ini berkebolehan dan berpotensi untuk maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
    2. Bahawa kami pendidik sekolah ini bekerjasama dan bertugas dengan penuh tanggungjawab bagi mencapai cita-cita murni kami berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
VISI SEKOLAH

Menjana individu yang berfikiran kritis, analitik, dan membina komitmen yang tinggi.

MISI SEKOLAH

Melahirkan individu yang berketerampilan di samping ilmu yang tinggi dan berupaya untuk mengembangkan ilmu menurut pengkaedahan tertentu.

MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan, berdisiplin, dan berakhlak mulia serta mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberikan sumbangan positif terhadap masyarakat, agama, bangsa dan negara.

COGAN KATA SEKOLAH

* Cogan kata Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar 1 ialah ‘USAHA JAYA’ .
USAHA : Setiap murid mesti berusaha.
JAYA : Kejayaan menyusul usaha.
* Kaitan Cogan Kata dengan falsafah dan Matlamat sekolah: Setiap ibu bapa, guru, dan kakitangan sekolah serta murid-murid perlu bersama-sama berusaha mengembeling tenaga agar berjaya mencapai matlamat sekolah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan lagi berdisiplin yang dapat memberi sumbangan positif terhadap masyarakat, agama, bangsa, dan negara bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

‘USAHA JAYA’

IKRAR PELAJAR





Kami pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan

Abu Bakar 1 berjanji akan :

* Taat kepada perintah Tuhan.

        * Taat kepada perintah ibu bapa. * Taat kepada guru.
* Mematuhi undang-undang dan peraturan
sekolah.
* Menjadi pelajar cemerlang dan insanberwawasan.