Sekolah ini terletak di Jalan
Junid Muar dan mula dibuka pada bulan Januari 1961 dan dinamakan Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Perempuan Sultan Abu Bakar (1). Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Perempuan Sultan Abu Bakar (2) berpindah
ke sekolah ini pada tahun 1965. Sebelum ini murid-muridnya ditempatkan
di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar. Mulai tahun 1965 sekolah ini bertukar
menjadi dua sessi. Pada tahun 1975, Sekolah Rendah Perempuan Sultan Abu
Bakar (1) ditukar namanya kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abu Bakar
(1).
Pada mulanya sekolah ini ada
dua buah bangunan sahaja iaitu Blok A dan Blok B yang telah dibina di atas
tanah kerajaan merangkumi lot nombor 1730, 2444 dan LOT 354 seluas lima
setengah ekar. Sebuah bilik muzik telah dibina dengan daya usaha PIBG sekolah
ini. Blok C telah dibina pada Januari 1962. Pembinaan Blok D pula dibuat
pada tahun 1964 oleh Allahyarham YAB Dato' Haji Hassan Bin Yunos, Menteri
Besar Johor ketika itu.
Pada tahun 1990 sebuah surau
telah dibina dengan perbelanjaan sebanyak RM 48 952.00. Surai ini dirasmikan
oleh Al Fadhil Tuan Kahdi Daerah Muar iaitu Tuan Haji Zainuddin Bin Munajat,
SMJ.
Pada tahun 1994 bangunan baru
iaitu dikenali dengan nama Blok F telah dibina. Bangunan Blok F ini telah
diserahkan kepada pihak sekolah pada 30 Oktober 1994 dan mula digunakan
pada 1 Disember 1994. Pada tahun 1998 sekolah ini dekenali dengan Sekolah
Kebangsaan Sultan Abu Bakar (1).
Guru Besar yang telah mentadbirkan
SK Sultan Abu Bakar (1) sehingga sekarang (2001) ialah :
1. Puan M. Stanley - 1961 hingga
Mac 1972 2. Puan J. Gaudart - April 1972 hingga Ogos 1976 3. Cik Lily Tan
- 1976 hingga 1979 (Pemangku Guru Besar) 4. Puan Badriah Bt Ismail - 1980
hingga 1986 5. Puan Hajjah Saimah Bt Abd Satar - 1987 hingga Mac 1997 6.
Puan Maimunah Bt Hj Ibrahim - April 1997 hingga April 1999. Puan Sumirah Kasbon menjadi Guru Besar SKSAB (1) menggantikan Puan Maimunah Ibrahim hingga sekarang. |